Sebuah pesawat ringan terhempas di lapangan terbang di negeri New South Wales (NSW), Australia pada pagi Sabtu, mengorbankan tiga orang di dalamnya, lapor Reuters memetik polis.
Pesawat itu jatuh di Lapangan Terbang Shellharbour, kira-kira 85 km (53 batu) ke selatan ibu negeri Sydney, sejurus selepas berlepas kira-kira 10 pagi (2300 GMT Jumaat), kata polis.
“Setelah terkena tanah, pesawat itu terbakar yang dipadamkan oleh Bomba dan Penyelamat NSW,” kata polis dalam satu kenyataan, menurut Reuters.
“Tiga orang disahkan meninggal dunia.”

















