Kerajaan Israel pada awal Jumaat meluluskan perjanjian gencatan senjata Gaza sebagai pertukaran untuk pembebasan semua tebusan, lapor Xinhua.
Agensi Berita & Info Palestin (WAFA) juga melaporkan kerajaan pendudukan Israel secara rasmi meluluskan selepas tengah malam, perjanjian gencatan senjata di Jalur Gaza.
Menurut WAFA, Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, kerajaan secara rasmi menyokong cadangan dikemukakan oleh Presiden AS Donald Trump untuk menamatkan perang dua tahun di Gaza.
Menurut agensi berita Palestin itu lagi, Pejabat Netanyahu berkata, kerajaan meluluskan rangka kerja umum untuk pembebasan semua tebusan.

















