Amerika Syarikat (AS) menghantar kira-kira 200 tentera ke Israel untuk membantu menyokong dan memantau perjanjian gencatan senjata di Gaza sebagai sebahagian daripada pasukan yang merangkumi negara rakan kongsi, pertubuhan bukan kerajaan dan pemain sektor swasta, laporan AP memetik pegawai AS pada Khamis.
Pegawai itu, yang tidak mahu namanya disiarkan untuk membincangkan butiran yang tidak dibenarkan untuk dilepaskan, dilaporkan berkata Perintah Pusat AS akan menubuhkan “pusat penyelarasan awam-tentera” di Israel yang akan membantu memudahkan aliran bantuan kemanusiaan serta bantuan logistik dan keselamatan ke wilayah yang dilanda perang dua tahun itu.

















