Irene Montero, ahli parlimen Sepanyol dari parti sayap kiri Podemos, pada Rabu menuduh Israel melakukan “jenayah perang” selepas tentera lautnya menyerang flotila bantuan baharu menuju ke Gaza, berita Anadolu melaporkan.
“Hari ini, Israel merampas kapal flotila baharu yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ini adalah satu lagi jenayah perang dan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh pelaku genosid yang dibenarkan oleh Eropah dengan menjadi rakan sejenayah kepada jenayah ini.” Montero dilaporkan menulis di X.
Dia menambah: “Kami tahu apa yang Israel mampu lakukan. Semua orang, berhati-hati!”

















