Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 14 pengganas dan mencederakan lebih 20 yang lain semasa operasi berasaskan perisikan (IBO) di wilayah Balochistan barat daya negara itu, lapor Xinhua memetik sumber keselamatan pada Sabtu.
Pasukan keselamatan melancarkan operasi di daerah Turbat selepas menerima maklumat risikan berhubung kehadiran militan di kawasan itu, sumber memberitahu Xinhua.
Pasukan keselamatan terbabit dalam pertempuran sengit dengan militan, membunuh 14 pengganas dan memusnahkan beberapa tempat persembunyian digunakan kumpulan itu, menurut sumber dilaporkan Xinhua.
“Operasi sanitasi sedang dijalankan untuk menghapuskan mana-mana pengganas berbaki di kawasan itu,” menurut sumber itu.

















