Menteri Luar Israel, Gideon Saar, menuntut kapal-kapal dalam flotila itu berhenti ketika mereka terus menuju ke Gaza, lapor Al Jazeera.
Dalam catatan di X, Saar dilaporkan berkata: “Kami menyertakan seruan ini dan mengulangi: Masih belum terlambat.
“Sila pindahkan sebarang bantuan yang mungkin anda miliki secara aman melalui Pelabuhan Cyprus, Marina Ashkelon, atau mana-mana pelabuhan lain di rantau ini ke Gaza.”
Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan, kedutaan Israel di Itali telah mengeluarkan amaran yang tidak menyenangkan sebelum kemungkinan pemintasan kapal oleh tentera Israel.
Dalam catatan di X, kedutaan itu dilaporkan berkata “sesetengah peserta kelihatan berniat untuk memprovokasi”, sambil menambah: “Kami berharap tindakan sedemikian tidak membawa kepada insiden dan semuanya berakhir dengan aman.”

















