Empat belas rakyat Palestin terbunuh dan yang lain cedera pada Rabu dalam siri serangan udara Israel menyasarkan beberapa kawasan di Jalur Gaza, menurut WAFA.
Menurutnya, sumber perubatan melaporkan tujuh orang terbunuh dan yang lain cedera apabila pesawat Israel mengebom sebuah rumah milik keluarga Abu Kamil di kawasan kejiranan Daraj, timur Kota Gaza.
Enam turut terbunuh dan yang lain cedera apabila Sekolah al-Falah, yang menempatkan orang kehilangan tempat tinggal, menjadi sasaran di kawasan kejiranan al-Zeitoun, tenggara bandar itu.
Sementara itu, tentera Israel membakar bangunan dekat Universiti Islam, barat daya Kota Gaza, menyebabkan kerosakan besar.
Seorang lagi turut terbunuh dan beberapa cedera dalam serangan dron Israel ke atas kem pelarian al-Jadid, barat laut kem pelarian al-Nuseirat, di tengah Jalur Gaza.
Dalam pada itu, menurut WAFA, angka kementerian kesihatan menunjukkan September 2025 sahaja menyaksikan pembunuhan 2,106 orang di Jalur Gaza.

















