Kapal-kapal Flotila Sumud Global yang belayar menuju ke Jalur Gaza sedang bersiap untuk kemungkinan pemintasan oleh Israel ketika mereka menghampiri zon berisiko tinggi ditetapkan di timur Mediterranean, berita Anadolu memetik La Stampa Itali yang melaporkan pada Selasa.
Dua daripada kapal flotila, Jeannot III dan Estrella, meneruskan perjalanan mereka dengan jangkaan ketibaan dalam tiga hari, manakala aktivis berkata misi itu boleh menghadapi campur tangan Israel dalam beberapa jam.
“Kami berada kira-kira 200 batu dari Jalur Gaza, jadi dua atau tiga hari belayar. Kami berada di tengah-tengah perairan antarabangsa antara Greece dan Turki. Kemungkinan besar, malam ini atau esok, kami akan dipintas oleh tentera Israel,” Yassine Lafram, presiden Kesatuan Komuniti Islam Itali (UCOII), dilaporkan berkata dalam kemas kini video di atas kapal Karma.
Menyebut sebarang tindakan sedemikian “tindakan lanun, penculikan yang melanggar setiap peraturan undang-undang antarabangsa,” Lafram menegaskan bahawa flotila itu tetap bertekad untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dan “memecahkan kepungan yang dikenakan ke atas seluruh Jalur Gaza.”
Aktivis Itali, Tony La Piccilella menyatakan sebelum ini, flotila itu akan memasuki zon pemintasan tidak lama lagi.
“Tiada had ditetapkan untuk sekatan tentera laut, tetapi ia selagi negara lain membenarkan Israel berbuat demikian,” kata La Piccilella.
“Kami tidak akan berhenti. Cadangan damai hanyalah sandiwara, cadangan untuk menyerah diri sepenuhnya. Penjualan wilayah Palestin kepada Israel dan AS.”
Flotila Sumud Global, terdiri daripada kira-kira 50 kapal dengan lebih 500 aktivis di dalamnya, berlayar awal bulan ini untuk memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan, ke Gaza.

















