Duta Afrika Selatan ke Perancis ditemui mati pada Selasa di luar sebuah hotel di Paris selepas dilaporkan melompat dari tingkat 22 bangunan itu, lapor Anadolu memetik media Perancis.
Selepas dilaporkan hilang pada Isnin, Nkosinathi Emmanuel Mthethwa ditemui mati di luar Hotel Hyatt di Paris, pendakwa mengesahkan kepada akhbar harian Le Parisien.
Walaupun dipercayai bahawa diplomat berusia 58 tahun itu mungkin terjun dari tingkat 22, siasatan telah dibuka.
Menurut Anadolu, sehingga berita itu ditulis, Kedutaan Afrika Selatan di Paris masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu.

















