Sejumlah 72 rakyat Palestin terbunuh oleh tembakan dan pengeboman Israel sejak awal Sabtu di pelbagai bahagian di Jalur Gaza, menurut laporan WAFA.
Angka itu termasuk 42 di bandar atau kota Gaza sahaja.
WAFA dalam laporan terbaharunya, menyebutkan, lapan rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak terbunuh pada petang Sabtu apabila dron Israel menyasarkan orang awam di kejiranan al-Daraj di bandar Gaza.
Menurutnya, sumber perubatan mengesahkan kematian itu, yang berlaku pada masa Israel meneruskan kempen yang bertujuan mengosongkan Kota Gaza dan menolak penduduk ke selatan.

















