Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy minggu ini meminta Presiden AS Donald Trump memberikan peluru berpandu Tomahawk untuk memaksa Presiden Rusia Vladimir Putin berdamai, menurut Reuters memetik laporan Axios pada Jumaat.
Permintaan itu datang semasa pertemuan Zelenskiy dan Trump bersama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menurut laporan itu, yang memetik seorang pegawai Ukraine dan sumber lain yang biasa dengan pertemuan kedua-dua pemimpin itu.
Menurut Reuters, Zelenskiy memberitahu Axios dalam temu bual berasingan yang dirakam pada Rabu bahawa dia telah meminta senjata jarak jauh.

















