Israel melancarkan berbilang serangan udara ke atas ibu kota Yaman, Sanaa pada Khamis, lapor Xinhua memetik saksi dan laporan media.
Sementara itu, berita Mehr melaporkan, pasukan Israel melancarkan serangan udara terhadap beberapa lokasi di ibu kota Sanaa petang Khamis.
Berita Mehr melaporkan, menurut Al-Masirah, beberapa kawasan dalam bandar menjadi sasaran, walaupun liputan awal tidak menyatakan tahap kerosakan atau kemalangan jiwa.
Menurut laporan Mehr, Channel 14 Israel mendakwa serangan itu menyasarkan pegawai Yaman, institusi kerajaan, dan depot senjata.

















