Serangan oleh Angkatan Bersenjata Ukraine ke atas bandar pelabuhan Novorossiysk di Rusia menyebabkan dua orang maut dan enam cedera, lapor Xinhua memetik pusat tindak balas krisis wilayah Rusia pada Rabu.
Menurut maklumat terkini, dua orang telah terbunuh, manakala jumlah yang cedera meningkat kepada enam daripada dua, termasuk seorang cedera ringan dan tiga dalam keadaan serius, menurut pusat tindak balas krisis dalam satu kenyataan.

















