Filipina menarik balik larangan import sementara terhadap ayam itik dan produk berkaitan dari Israel dan South Dakota di Amerika Syarikat, berikutan kejayaan membendung wabak selesema burung baru-baru ini di kawasan terbabit, lapor Xinhua memetik Jabatan Pertanian (DA) negara itu pada Isnin.
Setiausaha Pertanian Francisco Tiu Laurel mengeluarkan perintah pentadbiran berasingan menamatkan larangan, yang sebelum ini menghentikan kemasukan burung domestik dan liar, daging ayam, anak ayam berumur sehari, telur penetasan, dan sperma untuk inseminasi buatan dari kawasan terjejas, DA dilaporkan berkata dalam kenyataan akhbar.
DA berkata larangan import adalah langkah berjaga-jaga, bertujuan untuk melindungi industri ternakan dan ayam itik negara, tonggak utama pertanian Filipina yang memacu pekerjaan luar bandar, menarik pelaburan, dan menyumbang kepada keselamatan makanan.

















