Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 14 yang lain cedera pada Isnin apabila sebuah bas penumpang terbalik di jalan padang pasir di wilayah Minya di selatan Mesir, lapor Xinhua memetik Kementerian Kesihatan dan Penduduk.
Kemalangan itu berlaku ketika bas itu membawa penumpang dari Minya ke Kaherah, menurut laman Facebook Wilayah Minya, jelas Xinhua.
Mangsa cedera dibawa ke Pusat Perubatan Samalut di Minya untuk rawatan.
Pemandu adalah antara yang maut dalam kemalangan itu, dan punca kemalangan masih belum jelas, kata kementerian itu.

















