Enam orang terbunuh selepas banjir dicetuskan hujan lebat di wilayah Magway, tengah Myanmar, seorang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Bomba pekan Natmauk memberitahu Xinhua pada Isnin.
Banjir itu dilaporkan berlaku di kampung Meizalipin di pekan Natmauk, wilayah Magway.
Paras air anak sungai meningkat pada Sabtu dan Ahad, menghanyutkan dua rumah, katanya.
Enam sekeluarga dalam sebuah rumah maut, manakala sebuah lagi rumah musnah tanpa kemalangan jiwa, menurutnya.
Paras air surut pada pagi Isnin, katanya, ia adalah kali pertama pekan itu mengalami banjir seperti itu.

















