Lima askar dan 25 pengganas terbunuh dalam dua pertempuran ketenteraan berasingan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan, kata tentera pada Ahad, Xinhua melaporkan.
Menurut Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), sayap media Tentera Pakistan, anggota pasukan keselamatan menangani pengganas yang cuba menyusup masuk melalui sempadan Pakistan-Afghanistan di daerah Waziristan Utara dan Kurram di wilayah itu.
Di Waziristan Utara, 15 pengganas, termasuk empat pengebom berani mati, terbunuh, ISPR dilaporkan berkata.
Manakala 10 pengganas penyusup lain terbunuh di kawasan Ghaki di daerah Kurram, menurutnya.
Sebilangan besar senjata, peluru dan bahan letupan juga ditemui daripada pengganas yang terbunuh, lapor Xinhua.

















