Empat pelombong haram maut dalam lombong emas runtuh di Daerah Shiwang’andu di utara Zambia, lapor Xinhua memetik polis pada Isnin.
Pegawai perhubungan awam polis, Rae Hamoonga berkata, tembok lubang di Lombong Emas New Scene runtuh petang Ahad ketika keempat-empat mereka sedang melombong emas secara manual.
Usaha segera dilakukan untuk mendapatkan mayat, tetapi malangnya, ketika penyelamat sampai kepada mereka, keempat-empatnya sudah meninggal dunia, kata pegawai itu dalam satu kenyataan di Facebook.
Hamoonga mengulangi gesaan agar orang ramai mengelak daripada terlibat dalam perlombongan haram.
Penemuan mineral seperti emas di beberapa bahagian Zambia telah menyemarakkan perlombongan haram, walaupun usaha kerajaan untuk menghalalkan operasi berskala kecil melalui lesen.

















