Sekurang-kurangnya 21 orang cedera dalam perlanggaran 14 kenderaan di wilayah Golestan utara Iran pada Khamis, berita Xinhua memetik laporan agensi berita separa rasmi Mehr.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada sebelah petang di jalan raya antara bandar. Tiga pasukan penyelamat dan tiga ambulans telah dihantar ke tempat kejadian, Morteza Salimi, ketua Persatuan Bulan Sabit Merah wilayah itu dilaporkan berkata kepada Mehr.
Perlanggaran itu melibatkan dua trak, 11 sedan dan sebuah bas, kata Salimi, sambil menambah bahawa mangsa yang cedera telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan.
Rouhollah Jafari, timbalan ketua perkhidmatan perubatan kecemasan wilayah itu dilaporkan berkata kemalangan itu dicetuskan oleh kegagalan brek pada salah satu trak.
Antara yang cedera ialah seorang wanita hamil, dan empat orang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

















