Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa lagi parah selepas kejadian tembakan berlaku pada Sabtu di parti besar di negeri Carolina Utara AS, kata polis tempatan, menurut berita Xinhua.
Menurut Xinhua, seramai 13 orang ditembak di kawasan luar bandar di luar pekan selatan Maxton.
Dilaporkan, lebih 150 orang melarikan diri dari lokasi itu sebelum pegawai penguatkuasa undang-undang tiba.
Sementara menurut laporan AP, tembakan di pesta Halloween besar awal Sabtu itu membunuh dua orang berumur 16 dan 49 tahun.
Pesta itu dikatakan diadakan di sebuah rumah di kawasan luar bandar di luar Maxton, kira-kira 95 batu (150 kilometer) barat daya Raleigh dekat sempadan Carolina Selatan.

















