Sebuah kapal pengangkut pukal karam selepas berlanggar dengan sebuah kapal kontena di muara Sungai Pearl pada malam Sabtu, menyebabkan dua kru hilang, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Ahad.
Daripada 15 orang di atas kapal pengangkut pukal itu, 13 orang telah diselamatkan susulan perlanggaran itu.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan untuk mangsa yang hilang, sementara usaha untuk mencari kapal yang karam itu diteruskan.

















