Kementerian Luar Türkiye berkata 18 warga Turki yang ditahan oleh Israel di atas kapal Freedom Flotilla Coalition (FFC) dijangka pulang ke tanah air petang Jumaat dengan penerbangan khas, lapor Anadolu.
Turkiye juga merancang untuk memindahkan kira-kira 80 aktivis dari negara lain dalam penerbangan itu, kata jurucakap kementerian Oncu Keceli pada Khamis dalam satu kenyataan.
Tiga ahli parlimen Turki yang berada di atas flotila itu kembali ke Türkiye pada petang Khamis, tambah Keceli.
Tentera laut Israel menyerang kapal-kapal konvoi Thousand Madleens FFC ke Gaza pada awal Rabu di perairan antarabangsa, kira-kira 120 batu nautika (222 kilometer) dari kawasan itu.
Konvoi itu belayar selepas tentera laut Israel menyerang dan merampas lebih 40 bot minggu lalu yang merupakan bahagian daripada Flotila Sumud Global ke Gaza dan menahan lebih 450 aktivis di dalamnya. Kebanyakan mereka telah dihantar pulang.

















