Dua belas orang, termasuk sembilan kanak-kanak, cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas dari jalan raya dan terbalik pada Ahad di Ragama, di Wilayah Barat Sri Lanka, kata polis, berita Xinhua melaporkan.
Menurut polis, bas itu membawa sekumpulan pengakap yang pulang dari jambori. Penyiasat mengesyaki brek rosak mungkin menyebabkan kemalangan itu.
Kira-kira 20 orang berada di dalam bas ketika kejadian, kata polis, sambil menambah bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.