Tanah runtuh melanda empat kenderaan yang melalui lebuh raya di wilayah Benguet pada Isnin ketika taufan super Ragasa melanda utara Filipina, membunuh seorang lelaki dan mencederakan tujuh yang lain, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Lelaki berusia 74 tahun itu tersepit di dalam kenderaannya apabila tanah runtuh berlaku pada petang Isnin di Benguet, wilayah terkurung daratan yang terletak di pulau Luzon. Dia dikejarkan ke hospital di Baguio City tetapi disahkan meninggal dunia semasa ketibaan.
Tujuh yang lain mengalami kecederaan akibat bencana itu. Mereka dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan.
Ragasa melanda utara Filipina pada Isnin, menyebabkan hujan lebat dan angin kencang yang mencetuskan banjir, menumbangkan pokok, dan merobek bumbung rumah.

















